BAHAN A:
1 paket 400gm spageti – direbus
1 sudu besar sos cili
50gm lobak merah – dipotong nipis
50gm sayur sawi – dipotong kecil
Sedikit minyak
BAHAN B:
1kg tulang lembu - dibersihkan
500gm daging lembu – dipotong dadu
3 sudu besar rempah sup
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 liter air
BAHAN C:
1 sudu besar cili giling
1 tin tomato puri
1 sudu besar lada hitam
1 ketul sup bunjut
Bahan kisar bersama:
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
1 inci halia
CARA:
1.Panaskan sedikit minyak masukkan sayur sawi, lobak merah, spageti dan sos cili. Gaul sebati dan ketepikan.
2.Rebus tulang dan daging lembu dan masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan separuh bahan kisar,sup bunjut
3.Masak sehingga daging lembut. Ketepikan.
4.Dalam periuk, tumis baki bahan kisar bersama cili giling.
5.Kemudian masukkan tomato puri, lada hitam dan gaul sebati.
6.Selepas itu, masukkan sup yang telah dimasak tadi ke dalam.
7.Kacau sehingga sebati dan masukkan daun bawang.
8.Hidang spageti bersama kuah.
