Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri

 

BAHAN:

200gm telur ikan tenggiri

3 sudu besar bahan kisar – bawang putih, halia dan bawang merah dikisar bersama

2 tangkai serai - diketuk

2cm halia – dihiris halus

1 sudu besar udang kering – dikisar

2 batang bunga kantan

1 sudu besar serbuk kunyit

4 sudu besar cili kisar

1 sudu besar daun kunyit – dihiris halus

200ml air

50ml air asam jawa

Segenggam daun kesum

10 batang kacang bendi – dipotong

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak

 

CARA:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai, halia dan udang kering.
  3. Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan bunga kantan.
  4. Masukkan cili kisar dan daun kunyit. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan air, air asam jawa dan daun kesum.
  6. Selepas itu masukkan telur ikan, garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan bendi dan biarkan mereneh sehingga bendi lembut dan telur ikan masak. Angkat dan sedia dihidang.

Post a Comment

Previous Post Next Post