BAHAN:
1 kg ketam – dipotong dua
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar daun bawang yang telah dihiris halus
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak
Bahan kisar bersama:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
1 inci halia
CARA:
1.Gaulkan ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
2.Goreng ketam di dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.
3.Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama sehingga naik bau.
4.Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5.Masukkan kicap manis, sos tomato, serbuk lada hitam dan mayonis. Kacau sebati.
6.Selepas itu masukkan ketam dan daun bawang gaul rata.
