Ayam Parmigiana


BAHAN:

1 dada ayam

1 biji telur

50gram tepung gandum

1 sudu kecil serbuk oregano

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

1 sudu besar keju mozarela - diparut

1 sudu besar keju parmesan - diparut

2 sudu besar sos pasta

Sedikit minyak zaitun


CARA:

1.Ketuk dada ayam sehingga leper.

2.Selepas itu, pukul telur dan celup ayam di dalam telur.

3.Campurkan tepung bersama serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 

4.Kemudian golekkan di atas tepung.

5.Panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng ayam sehingga masak dan kuning keemasan.

6.Angkat dan letak ayam di atas dulang pembakar dan letak sos pasta dan keju di atas ayam tadi.

7.Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga keju cair.


Post a Comment

Previous Post Next Post