Makaroni daging bakar

 

BAHAN:

400gm makaroni – direbus

400gm daging kisar

1 sudu kecil serbuk oregano

200gm sayur campur (mix vegetable)

4 biji telur

100ml susu sejat

100gm keju mozarela - diparut

250gm keju cheddar - diparut

Garam dan lada hitam secukup rasa

Sedikit minyak


CARA:

1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.

2.Masukkan daging kisar, sayur campur, serbuk oregano, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sebati sehingga daging masak.

3.Angkat dan gaulkan daging bersama makaroni yang telah direbus.

4.Kemudian masukkan separuh bahan tadi ke dalam bekas dan tabur separuh keju mozarela dan cheddar di atas.

5.Selepas itu masukkan baki makaroni yang telah digaul bersama daging.

6.Pukul telur bersama susu sejat, garam dan lada hitam secukup rasa dan tuangkan bancuhan sama rata ke seluruh bekas.

7.Tabur baki keju cheddar dan mozarela di bahagian atas.

8.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit.


Post a Comment

Previous Post Next Post