Kepak ayam bakar pedas

 

BAHAN:

500gram kepak ayam - dipotong dua

1 sudu besar sos pedas 

1 sudu besar sos bbq

1 sudu besar gula perang

1 sudu besar serbuk cayenne 

1 sudu besar serbuk lada putih

3 sudu besar mentega 

Sedikit minyak zaitun


CARA:

1.Untuk bahan perap, cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan serbuk lada putih, serbuk cayenne, gula perang, sos bbq dan sos pedas. 

2.Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3.Selepas itu, gaul rata kepak ayam dengan bahan perap dan perap selama 30 minit.

4.Letak kepak ayam yang telah diperap di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ayam masak.


Post a Comment

Previous Post Next Post