Santan VS susu

 


Terdapat banyak bahan-bahan yang digunakan dalam membuat kuih-muih. Antara bahan yang sering digunakan adalah santan dan juga susu. Kedua-dua bahan ini hampir sama namun mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

 

SANTAN

Kelebihan

  • Santan memberikan lebih rasa lemak berbanding susu dalam masakan.
  • Santan juga sesuai digunakan untuk menggantikan susu dalam masakan untuk mereka yang alahan susu dan tidak toleran laktosa.
  • Santan boleh menjadi alternatif terbaik untuk mereka yang vegetarian kerana ia adalah produk yang dihasilkan daripada tumbuhan.
  • Selain santan segar yang diperah daripada parutan kelapa, santan kotak dan santan serbuk juga boleh didapati dengan mudah dipasaran. Kedua-dua santan ‘segera’ ini bukan saja senang diperolehi malah memudahkan anda dalam masakan.
  • Kandungan tembaga, zat besi dan niasin dalam nutrisi santan lebih tinggi berbanding susu.

 

Kekurangan

  • Santan segar tidak tahan lama dan mudah basi.
  • Mengandungi kandungan kalori, lemak dan kolesterol yang tinggi. Santan juga mengandungi lemak tepu yang tidak elok untuk kesihatan.
  • Kalsium dalam santan kelapa lebih rendah berbanding susu dan ia tidak dapat membantu menguatkan tulang kita seperti susu.

 

SUSU

Kelebihan

  • Susu lengkap dengan pelbagai nutrisi penting yang diperlukan oleh badan kita. Ia mengandungi pelbagai vitamin, kalsium, karbohidrat, magnesium, fosforus, kalium, dan protein.
  • Susu juga boleh digunakan untuk menggantikan santan dalam masakan kerana rasanya yang berlemak tetapi kandungan lemaknya jauh lebih rendah daripada santan.
  • Baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan dengan menggunakan susu jenis rendah lemak.

 

Kekurangan

  • Susu tidak tahan lama dan mudah rosak. Bagi menghalang susu rosak, ia perlu disimpan di tempat dingin.
  • Susu mengandungi kuantiti laktosa yang tinggi. Tidak sesuai untuk orang yang tidak toleran laktosa.
  • Susu juga tidak boleh digunakan oleh orang yang mempunyai alahan susu kerana mereka akan mengalami ruam dan masalah penghadaman jika terambil susu.

Post a Comment

Previous Post Next Post