5 Keju Popular Di Malaysia

 


1. Keju Cheddar

Diperbuat daripada susu lembu 

Negara Asal: England

Wilayah: Somerset

Jenis: Keju susu separuh keras dan rasanya masin.

Tekstur:  Keras dan tidak mudah cair jika dibakar pada suhu yang tinggi.

Warna: Kuning pudar

Sesuai : Untuk hiasan atas roti, kek, piza atau biskut


2. Keju Ricotta

Diperbuat daripada susu lembu

Negara Asal : Itali

Jenis : Rasa ringan berkrim, lemak masin dan jangka hayat yang pendek

Tekstur : Lembut, rapuh, berkrim dan mempunyai kandungan air yang tinggi

Warna : Putih

Sesuai : Untuk pelbagai jenis pasta seperti  lasagna dan spageti.


3. Krim Keju 

Diperbuat daripada gabungan krim dan susu lembu. 

Negara Asal : Amerika Syarikat

Wilayah : Chester , New York

Jenis : Lemak yang tinggi, mengandungi asid lastik dan perlu dimakan segar, sedikit masam

Tekstur : Halus, lembut, berkrim dan beraroma.

Warna : Putih kekuningan

Sesuai : Untuk semua jenis kek, biskut, tart dan  aneka pencuci mulut .



4. Keju Mozarela

Diperbuat daripada susu kerbau liar (keju asli)

Negara Asal : Itali

Wilayah : Campania, Abruzzo, Molise dan Puglia

Jenis :  Separuh lembut dan mudah cair bila dibakar

Tekstur : Kenyal

Warna : Putih atau kuning pucat

Sesuai: Sesuai untuk hiasan piza atau roti


5. Keju Parmesan

Nama aslinya : Parmiggiano

Diperbuat daripada susu lembu 

Negara Asal : Itali

Wilayah : Provinces of Parma 

Jenis : Keju susu  berperisa jenis keras dan aromanya cukup tajam

Tekstur : Kebiasaannya diparut menjadi serbuk yang halus dan mudah hancur

Warna : Putih krim atau kuning krim

Sesuai : Untuk hiasan taburan di atas piza, sup dan pelbagai jenis pasta.

Post a Comment

Previous Post Next Post