Step by Step - puff oreo krim keju


BAHAN-BAHAN:
10” x 10” paf  pastri
1 paket biskut Oreo (hancurkan)
250 gm krim keju
3 sudu gula

 1. Potong paf pastri 10” x 10” menjadi enam bahagian segi empat tepat.


2. Buat potongan menyerong pada sisi setiap bahagian pastri

3. Kemudian, sapukan dua sudu krim keju di bahagian tengah pastri.

4. Selepas itu, letak dua sudu oreo yang telah dihancurkan.

5. Lipat bahagian tengah pastri dan ambil jalur pertama pastri di sebelah kiri dan silangkan dengan jalur pertama pastri di sebelah kanan.

6. Teruskan proses menyilang jalur pastri sehingga keseluruhan pastri menutupi inti dibahagian tengah.

7. Sapukan telur kuning pada permukaan paf dan bakar pada suhu 180°C sehingga keperangan.


Post a Comment

Previous Post Next Post