Ayam mayonis berlada


 BAHAN:

500 gm isi ayam – potong dadu

1 sudu besar cili kisar

1 labu bawang besar – hiris

2 sudu besar mayonis

1 sudu besar sos tomato

Sedikit tepung

Sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Sedikit minyak


BAHAN KISAR

2 ulas bawang putih

2 labu bawang merah

3 cm  halia


CARA:

1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit, tepung dan garam secukup rasa.

2. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.

3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan sos tomato, mayonis dan garam secukup rasa.

6. Selepas itu masukkan ayam dan gaul sebati.


Post a Comment

Previous Post Next Post